Hubungi Kami | Bantuan | Peta Laman

OBJEKTIF UNIT  TEKNOLOGI MAKLUMAT

  • Untuk merekabentuk dan menyelenggara sistem aplikasi dan menyediakan kemudahan pemprosesan data yang baik, cekap dan berkesan kepada semua bahagian di Jabatan.
  • Menyelaras pengumpulan data dan meningkatkan keupayaan anatikal.
  • Meningkatkan tahap kefahaman penggunaan sistem maklumat; bagi memastikan objektif-objektif jabatan dapat dicapai.


FUNGSI BAHAGIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT

  • Bertanggungjawab menyelenggara dan mengemaskini pangkalan data bagi sistem yang digunapakai di PTG dan semua PTD.
  • Pembangunan sistem dan laporan.
  • Menyelenggara sistem-sistem yang digunapakai di Pentadbiran Tanah Johor.
  • Mencipta dan menyelenggara portal jabatan.
  • Menyediakan persembahan multimedia, penyelidikan dan laporan yang diperlukan oleh pegawai atasan.
  • Memberi khidmat  sokongan, tunjuk ajar dan bantuan teknikal kepada pengguna berkaitan dengan penggunaan sistem-sistem dari semasa ke semasa.
  • Menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan berkaitan dengan pencegahan, kelengkapan IT dan aplikasi.


APLIKASI YANG SEDANG DIGUNAKAN

1)   Sistem Pendaftaran Tanah Berkomputer (SPTB)

Sistem Pendaftaran Tanah Berkomputer digunakan di seluruh Pentadbiran Tanah di seluruh Semenanjung Malaysia bagi tujuan pendaftaran sebarang urusan berkaitan hakmilik tanah.  SPTB mula digunakan di Pentadbiran Tanah Johor mulai 1 April 2001.

2)   Sistem Hasil Tanah Johor (SHTJ)

Sistem Hasil Tanah Johor telah dibangunkan dengan kerjasama dari Unit Sains Teknologi dan ICT Negeri Johor bagi mengutip hasil bagi urusan-urusan di dalam Pentadbiran Tanah Johor.  Ini termasuklah bayaran cukai tanah, bayaran permit dan sebagainya.  SHTJ mula digunapakai di semua Pejabat Tanah Daerah Negeri Johor pada 6 Jun 2005.

3)   Sistem E-RMKJ

Sistem eKurniaan ini adalah bertujuan untuk menggantikan proses manual membawa fail-fail permohonan dari PTG untuk perakuan atau pertimbangan ke mesyuarat Setiausaha Jawatankuasa (SUJK) atau Majlis Mesyuarat kerajaan (MMK) bagi tujuan mendapat perakuan/kelulusan.

4)   Sistem eConsent

Sistem eConsent digunakan bagi tujuan mendapatkan kebenaran dari Pihak Berkuasa Negeri untuk membuat urusan-urusan seperti pindahmilik, gadaian dan sebagainya.

5)   Portal Pentadbiran Tanah Johor

Portal ini menggabungkan semua maklumat dari Pejabat Tanah dan Galian Johor serta semua Pejabat Tanah Daerah di bawah satu tempat.  Ini bertujuan untuk memperkenalkan Pentadbiran Tanah Johor berserta unit-unit di bawahnya kepada umum. Ia juga dihubungkan dengan laman-laman web Pejabat-pejabat Kerajaan yang lain.

6)   Sistem Maklumat Strata Johor (SMSJ)

SMSJ merupakan sistem inventori bagi hakmilik strata di Johor.

7)  Sistem Selamat

Bagi merekod cap jari sebelum berurusan di Bahagian Pendaftaran.


 


 

.....................................................................................................................................................................................................................................................................

_