Hubungi Kami | Bantuan | Peta Laman

OBJEKTIF BAHAGIAN PELUPUSAN TANAH


  1. Memproses semua permohonan tanah Kerajaan, Lesen Pendudukan Sementara (LPS) dan melanjutkan tempoh pajakan dengan lebih cekap, adil dan sempurna.

  2. Mengkaji dan meneliti dasar-dasar Kerajaan untuk mencapai matlamat pembangunan Negeri secara konsisten.

  3. Mengemaskini maklumat pelupusan tanah Kerajaan untuk membantu Kerajaan dalam proses membuat keputusan dan dasar .


FUNGSI BAHAGIAN PELUPUSAN TANAH

  1. Memproses semua permohonan yang diterima untuk dikemukakan kepada Pihak Berkuasa Negeri.

  2. Mengawal Keselamatan dokumen hakmilik pendaftar dan dokumen berkaitan.

  3. Mengumpul data-data tanah.

  4. Mendaftar hakmilik dan urusniaga tanah.

  5. Mengawasi perjalanan pentadbiran tanah seluruh Negeri Johor.

  6. Mengutip hasil kerajaan.

  7. Membantu kerajaan dalam penggubalan dasar-dasar mengenai tanah.

  8. Menjalankan kuatkuasa undang-undang.


PERKHIDMATAN –PERKHIDMATAN YANG DI SAMPAIKAN

  1. Menyediakan kertas perakuan bagi permohonan tanah Kerajaan.

  2. Penyediaan kertas perakuan bagi permohonan Lesen Pendudukan Sementara (LPS)

  3. Penyediaan kertas perakuan bagi rayuan permohonan di tolak .

  4. Penyediaan kertas perakuan bagi permohonan memperbaharui Tempoh Pajakan Tanah .

  5. Penyediaan kertas perakuan bagi permohonan memperbaharui Tempoh Pajakan Tanah (LPS).

  6. Penyampaian keputusan Kerajaan bagi kuasa melulus PTG/MBJ/MMK kepada Pentadbir Tanah Daerah.

 

PERKHIDMATAN 1: PENYEDIAAN KERTAS PERAKUAN BAGI PERMOHONAN TANAH KERAJAAN .

  • Permohonan tanah kerajaan ‘kocek’ sahaja.

  • Tanah kerajaan bukan dalam Rizab hutan, Rizab JPS dan lain-lain Rizab.

  • Tanah kerajaan dalam Rizab Melayu boleh di pohon oleh orang melayu sahaja.

  • Semua permohonan boleh di buat di Pejabat Tanah Daerah yang berkenaan sahaja.

 

PERKHIDMATAN 2: PENYEDIAAN KERTAS PERAKUAN BAGI PERMOHONAN LESEN PENDUDUKAN SEMENTARA (LPS)

  • Semua pemohon LPS atas tanah kerajaan bagi tujuan bahan batuan,  gerai, jeti, papan iklan dan di buat di Pejabat Tanah Daerah yang berkenaan sahaja.

  • Sebelum perakuan permohonan di rujuk ke Jabatan Teknikal yang berkenaan bagi mendapat ulasan dan pandangan.

  • LPS perlu di perbaharui setiap awal tahun dan akan luput tempoh pada 31 Disember setiap tahun.

  • Bayaran LPS sebagaimana JPU 94 bth. 16.12.2004.

 

PERKHIDMATAN 3: PENYEDIAAN KERTAS PERAKUAN BAGI RAYUAN PERMOHONAN DITOLAK.

  • Rayuan bagi permohonan yang telah di TOLAK oleh  Pihak Berkuasa Negeri/ MBJ/ PTG/ PTD rayuan boleh  di kemukakan kepada YAB Menteri Besar Johor melalui Setiausaha Sulit bagi mendapat persetujuan sebelum rayuan di bawa semula kepada pertimbangan PBN.

 

PERKHIDMATAN 4: PENYEDIAAN KERTAS PERAKUAN BAGI PERMOHONAN MEMPERBAHARUI TEMPOH PAJAKAN TANAH.

  • Permohonan memperbaharui tempoh pajakan bagi tanah yang masih ada baki pajakan atau telah luput tempoh pajakan boleh dibuat di Pejabat Tanah Daerah yang berkenaan.

  • Tanah yang terlibat dengan charge/gadaian kebenaran pemegang gadaian perlu diperolehi terlebih dahulu.

 

PERKHIDMATAN 5:   PENYEDIAAN KERTAS PERAKUAN BAGI PERMOHONAN MEMPERBAHARUI TEMPOH PAJAKAN TANAH ( LPS ).

  • Permohonan perlu di buat di Pejabat Tanah Daerah yang berkenaan melalui Borang Jadual 1 KTN.

  • Tanah  telah diusahakan.

  • LPS tidak berbayar akan di kenakan bayaran LPS tambahan.

  • Tidak melanggar syarat LPS.

 

PERKHIDMATAN 6: PENYAMPAIAN KEPUTUSAN KERAJAAN BAGI KUASA MELULUS PTG/MBJ MMK KEPADA PENTADBIR TANAH DAERAH.

  • Semua keputusan Kerajaan samada SETUJU/TOLAK/TANGGUH akan di sampaikan kepada Pejabat Tanah Daerah yang berkenaan.

  • Pentadbir Tanah akan menghantar surat makluman kepada pemohon-pemohon.

 

.....................................................................................................................................................................................................................................................................

_