Hubungi Kami | Bantuan | Peta Laman

BAHAGIAN HAKMILIK STRATA


Pada masa kini pembangunan skim strata semakin berkembang mengikut peredaran masa. Ini seiring dengan pertambahan penduduk dan kurangnya keluasan tanah untuk dibangunkan perumahan terutama di kawasan strategik bandar. Bertolak pada faktor inilah, maka pembangunan di Negeri Johor kini banyak menawarkan skim strata kepada pembeli-pembeli hartanah. Pelbagai kemudahan yang lazimnya ditawarkan di dalam skim strata seperti kolam renang, gymnasium, taman permainan kanak-kanak, kawalan keselamatan dan sebagainya menjadi faktor penarik di samping imej dan bentuk rumah serta perniagaan yang moden.

Secara jelas, peranan Jabatan Ukur dan Pemetaan (JUPEM), Pesuruhjaya Bangunan (COB), Pihak Pemaju dan Jurukur Tanah Berlesen memudahkan lagi urusan Hakmilik Strata di Bahagian Hakmilik Strata. Di samping itu, penambahbaikkan proses pendaftaran dari 268 hari kepada 170 hari sebagaimana yang telah di tetapkan oleh Jabatan Ketua Pengarah Tanah Dan Galain(JKPTG) dan usaha penubuhan Jawatankuasa Khas Strata memantapkan lagi tahap prestasi jabatan.

Bahagian Hakmilik Strata, Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Johor begitu komited dalam membantu mempercepatkan prosedur dan proses pengeluaran hakmilik strata selaras dengan hasrat kerajaan iaitu “ Rakyat Didahulukan, Pencapaian DiUtamakan ”.


APA ITU SKIM DAN HAKMILIK STRATA

1. Skim Strata merupakan pembangunan hartanah yang melibatkan pecah bahagi bangunan atau tanah kepada petak-petak, petak aksesori dan harta bersama serta penetapan sistem pengurusan bagi skim tersebut.

2. Manakala, Hakmilik Strata boleh dikategorikan sebagai Hakmilik yang dikeluarkan untuk setiap unit bagi sesebuah bangunan yang mempunyai lebih daripada dua unit utama dimana kebenaran bagi memecah bahagi bangunan atau tanah tersebut telah diluluskan . Ia juga merupakan peringkat terakhir di dalam sesebuah pembangunan strata bahawa setiap pemilik petak akan menerima hakmilik yang mengandungi maklumat berkenaan pembahagian unit syer dan petak aksesori jika ada.

Terdapat 3 jenis skim skim strata.

I.        Skim Strata Kos Rendah

Skim Strata Kos Rendah adalah merujuk kepada bangunan yang diklasikasikan oleh Pihak Berkuasa negeri sebagai bangunan kos rendah selaras dengan Seksyen 10B Akta Hakmilik Strata 1985.’


II.        Skim strata Bukan Kos Rendah

Skim Strata bukan kos rendah adalah bentuk asal bagi skim-skim strata seperti juga skim banguanan kos rendah.Contoh skim-skim bukan kos rendah adalah seperti kompleks membeli belah,kondominium , apartmen dan rumah Bandar(town houses)


III.        ‘Landed Strata Scheme”

Pindaan Akta A1290 telah memperkenalkan bentuk skim strata yang baru iaitu skim petak tanah atau lebih dikenali “Gated Community Scheme”.


UNIT SYER

Hak-hak pemilik petak adalah ditentukan oleh unit syer. Penentuan bilangan unit syer bagi petak-petak dan blok sementara adalah mengikut kepada ;

  • Harga pasaran petak – Unit syer yang banyak akan diuntukkan pada petak yang mempunyai harga pasaran yang lebih tinggi.

  • Harga jualan petak – Petak yang mempunyai harga jualan yang tinggi akan diuntukkan nilai syer yang lebih banyak.

  • Nilai petak – Ditentukan oleh Pihak Berkuasa Temptan iaitu nilai sebagaimana ditaksirkan bagi tujuan pembayaran cukai.

  • Keluasan petak – Petak yang lebih luas akan mendapat unit syer yang lebih.

  • Jenis kegunaan petak – Petak yang digunakan untuk komersial adalah lebih banyak unit syer dari petak kediaman.

  • Lokasi atau kedudukan petak – jika pangsapuri mewah petak di tingkat lebih tinggi diuntukkan unit syer yang lebih dari tingkat dibawahnya.


PERMOHONAN HAKMILIK STRATA


  1. Permohonan hendaklah menggunakan Borang 1 atau Borang 1A yang dikeluarkan oleh Pejabat Pengarah Tanah Dan Galian Negeri. Setiap permohonan hendaklah dihantar beserta dengan dokumen-dokumen seperti yang terdapat dalam senarai semak permohonan.

  2. Pemohon adalah diingatkan supaya menghantar dokumen yang lengkap untuk mengelak permohonan ditolak. Pemohon juga dikehendaki menyelesaikan perkara berkaitan tanah sepertipelepasan gadaian,tukar syarat pegangan tanah kepada hakmilik kekal, syarat nyata tanah, penggunaan sekatan kepentingan yang betul dan tidak melakukan sebarang pindaan pelansebelum proses pengeluaran hakmilik strata kerana ia akan melambatkan pengeluaran hakmilik tersebut.



JENIS PERMOHONAN

Pecah Bahagi Bangunan

Pecah Bahagi Tanah

Syarat- Syarat Bangunan

Mempunyai 2 tingkat atau lebih.

Tidak melebihi 4 tingkat bagi setiap petak tanah.

Diperakui sebagai Bangunan Kos Rendah oleh Pihak Berkuasa Negeri (jika berkaitan).

Bangunan terlibat bukan bangunan kos rendah.

Bangunan merupakan blok sementara (jika ada).

Bangunan BUKAN merupakan blok sementara.

Bangunan didirikan dalam 1 lot tanah

Diperakui siap oleh Pihak Berkuasa Tempatan/Arkitek iaitu bangunan memperolehi CFO/CCC.

Syarat-Syarat Tanah

Merupakan tanah berimilik (alienated land)

Tanah dipegang di bawah 1 lot

Baki pajakan (leasehold) tidak kurang 21 tahun.

Tanah dipegang di bawah hakmilik kekal atau hakmilik sementara yang telah diluluskan pelan akui untuk pendaftaran hakmilik kekal.




TEMPOH MASA WAJIB MEMOHON HAKMILIK STRATA

Pemilik tanah adalah wajib memohon hakmilik strata dalam tempoh 6 bulan dari tarikh Sijil Layak Menduduki (CCC) atau 6 bulan dari tarikh perjanjian jualbeli yang pertama, yang mana terkemudian.



PROSES PENGELUARAN HAKMILIK STRATA

BIL

PERKARA

PIHAK  TERLIBAT

MASA(HARI)

1

Terima permohonan

PTG terima dan menyemak permohonan daripada pemohon.

Dokumen permohonan yang lengkap sahaja akan diproses.

Jika melibatkan blok sementara Pentadbir Tanah minta pemohon nyatakan tarikh blok sementara siap,bayar dalam tempoh 1 bulan, deposit yang diperlukan dan sertakan surat kebenaran deposit tidak dipulangkan.

1.PTG

2.Pemohon

5 hari

2

Semak dan beri ulasan.Bagi permohonan yang tidak teratur, JUPEM perlu maklumkan kepada PTG bahawa fail ditutup serta- merta. PTG perlu tolak permohonan tersebut.

1.JUPEM

2.PTG



30 hari

3

Pengarah Tanah Dan Galian (PTG) akan membuat keputusan samada lulus atau tolak Surat makluman akan diberi kepada pemohon.


1.PTG

22 hari

4

Bayaran Kelulusan permohonan. Jika lulus pemohon hendaklah membuat bayaran kelulusan serta memberi nama dan alamat Perbadanan Pengurusan kepada PTG.

1.PTG

2.Pemohon

22 hari

5

Kelulusan Pelan Akui (JUPEM) dan Pelan Hakmilik.

JUPEM

50 hari

6

Pendaftaran Hakmilik Strata

1.PTG

23 hari

7

Pendaftaran Hakmilik Strata

1.Pejabat Tanah

Daerah

11 hari

8

Pengeluaran Hakmilik Strata. Notis 5F akan dihantar kepada pemohon untuk mengambil hakmilik tersebut dalam tempoh 3 bulan dari tarikh notis dikeluarkan.

1.PTG

2.        Pemohon

7 hari

JUMLAH


170 hari



KEWAJIPAN MEMOHON HAKMILIK STRATA

Menjadi tanggungjawab pemilik tanah untuk memohon hakmilik strata apabila berlakunya penjualan atau perjanjian jualan petak yang melibatkan perjanjian jualbeli. Syarat-syarat asas bagi permohonan hakmilik strata sepertimana berikut ;


KEWAJIPAN DAN TANGGUNGJAWAB MEMBUAT PINDAHMILIK

1. Pemilik Asal ( Original Proprietor ) – Menyempurnakan pindahmilik hakmilik -hakmilik strata yang telah didaftarkan pembeli - pembeli petak dalam tempoh 12 bulan dari notis 5F ditandatangani oleh Pentadbir Tanah / Pendaftar atau apa-apa tempoh lanjutan lain yang diluluskan oleh Pengarah Tanah Dan Galian Negeri. 
2. Pembeli Petak
- Menyempurnakan pindahmilik dalam tempoh 12 bulan bermula dari tarikh notis pindahmilik strata dikeluarkan oleh pemilik asal atau apa-apa tempoh lanjutan yang diluluskan oleh Pengarah Tanah Dan Galian Negeri.


DENDA YANG DIKENAKAN ATAS KEGAGALAN MEMOHON HAKMILIK

1. Kegagalan pemilik tanah untuk mengemukakan permohonan dalam tempoh masa yang ditetapkan, tindakan penguatkuasaan akan diambil kepada pemilik tanah iaitu denda tidak kurang dari RM10,000tetapi tidak lebihi daripada RM100,000 dan denda selanjutnya tidak kurang dari RM100 tetapi tidak lebih daripada RM1000 bagi setiap hari kesalahan itu terus dilakukan.

2. Kegagalan pemilik asal dan pembeli petak menyempurnakan pindahmilik dalam tempoh yang ditetapkan itu adalah satu kesalahan dan boleh dikenakan denda tidak kurang daripada RM1000 dan tidak lebih daripada RM10,000setiap petak.

 

.....................................................................................................................................................................................................................................................................

_