Hubungi Kami | Bantuan | Peta Laman
Perutusan PTD PDF Print E-mail

PERUTUSAN PENTADBIR TANAH DAERAH JOHOR BAHRU


 

ASSALAMMUALAIKUM w.b. t DAN SALAM SEJAHTERA.

Selamat datang dan terima kasih kerana meluangkan masa untuk melayari laman Web Pejabat Tanah Johor Bahru. Dalam memenuhi keperluan dan tuntutan semasa, laman web ini telah diwujudkan bagi menyebarkan maklumat terkini dan menjadikannya sebagai salah satu saluran rasmi utama. Selaras dengan hasrat kerajaan untuk meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan, beberapa maklumat telah disediakan dalam laman web ini. Semoga tuan-tuan dan puan-puan mendapat maklumat yang diperlukan dengan mudah dan cepat. Besarlah harapan saya agar laman web ini dapat menjadi salah satu rujukan penting kepada semua pihakdalam menjadikan Pentadbiran Tanah sebagai satu pentadbiran yang kukuh, stabil dan mesra selaras dengan aspirasi gagasan 'Satu Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan'. Saya juga sentiasa mengalu-alukan pandangan dan cadangan membina bagi memantapkan lagi laman web ini di masa hadapan.

Sekian, terima kasih dan wassalam...


"PTDJB KEARAH BUDAYA KERJA KELAS PERTAMA"

 

(ASHARI BIN KASNAN)

Pentadbir Tanah Daerah Johor Bahru

Last Updated on Friday, 06 December 2013 12:15
 

_